Mesej Khas


Make a Ladybug Note at WishAFriend.com

Thursday, September 22, 2011

Mee Sup Tulang


Entry hari ni cuma nak share apa yg di makan hari ini... mee sup tulang ni kegemaran suami.. dan terlanjur ada org demam kat rumah ni jadi dia buat kasi berasap sikit...

Resepi:
BAhan A
Tulang 1/2 kilo
Halia dalam 3 inci dihiris..
Sup Bunjut..
yang ni semua direbus sampai empuk la...rebus lama sikit ..

 Bahan B
6 ulas bawang kecil tumbuk atau hiris 
2 ulas bawang putih, tumbuk atau hiris
2 sudu lada hitam tumbuk
3 sudu kas -kas
4 sekawan.. (sikit je)

dan selepas sup masak tumis bahan B   hingga garing dan tuang atas sup ( tumis darat)...

Mee Kuning- di celur
Tauge di celur
Tauhu -digoreng dan potong nipis
Daup sup dan daun bawang
hirisan limau nipis

makan bersama sambal kicap Johor ye...


Wednesday, September 21, 2011

Honey Cornflakes

Biskut ni mmg wajib setiap tahun.. paling ringkas dan paling penting sedap hehe..
Fresh from oven ni...

dah siap untuk makan...time buat ni raya ke 6-7 ..so blh terus ngap hehe

cepat je balang kosong..kalau makan ni x blh henti hehe
bila post kat fb n kongsi resepi masih ada yg inginkan resepi nya.ini saya punya versi...

Bahan-Bahan:-
buttercup 250g
Cornflakes (Kellogs) sekotak
Madu (sebotol yg sederhana tu.. kalau ada madu yg betul2 asli dlm 1 cawan setengah)
Gula pasir @ Gula Perang 1 cawan
Kacang badam, walnut, gajus(yg ini xda sukatan..lagi banyak lagi sedap..(disangai dan cincang ikut suka
(saya x guna kacang tanah)
Bijan (beli RM1) disangai hinga kuning

Caranya : masak butter, madu dan gula hingga mendidih... api mesti slow je..nanti hangit lak... pastu gaul semua bahan yang lain... sediakan papercup.. dan hiaskan dgn ceri merah dan hijau... panaskan oven... bakar la sampai masak..jgn sampai hangit hehe...dah sejuk baru masuk kan dlm bekas kedap udara jika tidak lemau lerr,,, selamat mencuba..senangkan...
entry seterusnya...Tart Bunga Seroja...:)

Cerita Syawal 2011

Ketupat Palas.. sedap dan berjaya gak membalut dgn betul...tp dlm dulang ni bukan semua sy balut hihihi..

BBQ raya


Bunga api.. ni je sempat snap dari byk2 das tu..

sesi bancuh kopi nanas..utk promosi..sampai hbs stok la..

posing2 raya

posing lagi




jln2 raya kat kuala..posing lagi

indahnya ciptaanNYA

main bunga api

pemandangan kat kuala

kanak2 main bunga api..yg batang besi tu..mcm zaman dulu2..

sebab batang besi tu kita tanam bagi cantik..



with MIL ..ni jln sampai ke kuala perlis..kat medan ikan bakar tp makanan out terus..so korang xyah pergi kat situ

tunggu makanan posing lagi

nak balik daa


Pusara Diraja ..di Masjid Kota Aur..disini bersemadinya Arwah FIL

Perigi diraja..masih dikekalkan sementara masjid Kota Aur masih dlm proses renovation

Dipercayai makam Raja Bersiung.. didlm masjid Kota Aur

Ini rumah pusaka TYT Penang, Tun Rahman Abas @ cikgu suami saya

Balik Penang mesti makan ni...cucur udang di Kepala Batas

ni kedainya.. x putus org datang..toke kedai ni kawan hubby

sempat belajar buat kek lapis sarawak kat Penang... Tuan rumah ni isterinya Org Sarawak

pic dgn hubby yg terpaksa di crop hehe

Pergi rumah Paklong..pinjam basikal sat.. time ni x pakai baju raya daa..sbb baru turun dari air terjun






As -Salam.. post pasal laksa mee dibuat pada bulan ramadhan cuma x perasan disimpan dlm draf je :).. sengal betul la.. tgk blog org lain semua citer pasal Syawal je.. oleh kerana giliran beraya di Penang tahun ni..menu wajibnya ialah ketupat daun palas.. ni memang favorite tp selalunya beli je la.. x pnh buat dan x terpikir nak belajar balut pun.. dah raya negeri lain terpaksa la belajar dan berjaya juga la membalutnya dgn betul.. lagipun depan mak mertua kena la rajin ye dok.. :) apapun ketupat daun dan rendang mak saya tetap no1...dan Raya ke 2 saya dan husband raya dlm hutan bakau ..mencari siput belitung aka  siput sedut.. huh selama ni main beli je kat pasar.. rasa macam harga sekilo tu mahal je..rupanya bila dah ada experience sy rasa berbaloi beli kat pasar dari cari sendiri...penat oo..nak jumpa sekor pun susah rupenya..dah last2 baru timbul banyak sampai x ingat nak balik pulang..kena jerit la dgn pemandu pelancong sbb air dah pasang..takut leka mencari berenang plk dlm hutan bakau tu....seronok juga sesekali  buat ekspedisi ni..pengalaman baru..so jgn la merungut kalau beli harga mahal kat pasar...dan siput ni x blh masak terus ..sebab ada lumpur..paling kurang kena simpan 2-3 hari untuk siput itu memuntahkan lumpurnya...hasil masakan saya x sempat snap sbb lps balik dari Penang baru la di masak goreng bercili...sedap ooo..dan dibawa sebagai bekal berkelah kat waterfall...memasing lapau lupa nak snap pic... Raya ke 3 ..berjalan sakan dgn MIL sampai nun ke Kuala Perlis.. nasib Feri xda dah time sampai tu kalau ada lajak ke Langkawi raya rumah kawan..dari Kuala Perlis patah balik Alor Star..baru balik Sg Dua ..time ni highway jammed giler.. oleh kerana rumah MIL ni tepi highway kat Sg 2 penang tu.. time jammed sampai pkl 3 pagi tu tgk dari tingkap je.. giler ko jenuh la sakit punggung dok dlm kete...(time tu saya  dah selamat sampai rumah so jengok dari tinggkap je ler..kesian sape yg terperangkap sampai pagi gitu...)
Pagi raya ke-4 tu baru sempat singgah ke Kota Aur untuk ziarah Pusara FIL.. .untuk pengetahuan FIL dikebumikan sebaris  makam Raja Diraja di perkarangan masjid Kota Aur.. FIL merupakan keturunan rapat Raja Bersiung, dan hanya   keturunan terdekat dikebumikan di sini... dan dlm perkarangan masjid ini terdapat 2 bahagian Pusara   iaitu untuk keturunan DiRaja dan untuk orang biasa.. saya x berkesempatan melihat rekabentuk asal masjid ini kerana masjid ini diruntuh untuk  proses pengubahsuaian cuma perigi sahaja masih dikekalkan......Al Fatihah untuk arwah  FIL ... (sejarah Raja Bersiong ni x berapa jelas cuma asasnya Arwah FIL   mmg dari keturunan itu dan berasal dari Thailand..salasilah yg diperolehi secara lisan oleh ahli keluarga terdekat...finally saya selamat sampai Rumah hari Ahad... Isnin masih cuti apalagi sesi mengemas rumah.. kejap je tinggal habuk kemain la banyak... disebabkan lps balik rumah sendiri tgk kuih dlm balang tu comei2 je kuantitinya sempatlah saya buat i cornflakes madu .. bestnya bila buat kuih  lps raya blh praktis nyanyi lagu iklan tu...1 untuk biskut 2 untuk saya.. 1 untuk biskut 3 untuk saya.. ada lagi ..cookies dlm wishlist ni ..kalau sempat jadi ..kalau tidak simpan je la sampai tahun depan..:) dan paling penting baru sempat nak jengah kedai bunga.. hehe baru la seri sikit rumah ku ini... dan sekarang sibuk membuat persiapan Open House pulak... citer pasal Syawal kita sambung lagi la lps open house... pening pale byk x settle lagi ni..

To all Ikea Fans...#2012IKEACatalogueMY is now available in print, online, and on the go with free Apple & Android apps!

To all Ikea Fans...#2012IKEACatalogueMY is now available in print, online, and on the go with free Apple & Android apps!

Monday, September 12, 2011

Siapa Yang Bodoh??

Kejadian Benar Hari ini...di Restaurant mamak PJ,
Waiter: mau order apa encik?
Mamat Melayu : ko x tau ke bodoh , aku dah order(yg perasan dia mmg blm order apapun sebab baru sampai)
Waiter: ok encik maaf..
x sampai seminit mamat ni jerit balik kat waiter td
Mamat Melayu : ooi parya mana order aku (sambil hentak meja dan sepak kerusi sampai kena sorang mamat india yg duduk di meja sebelah)
mamat india: apa ni encik , jgn ini macam
Mamat melayu : ko apa tau parya bodoh
mamat india :jgn ckp ini macam , terus mamat melayu ni cari gaduh
Pengurus restaurant datang : kenapa ini encik , apa masalah ..kalau mau bikin kecoh jgn dlm ini kedai, staff ada problem ka.. boleh bincang..
mamat melayu : ko pun sama parya bodoh..jgn campur ini hal aku..parya bodoh
(sambil mencekik leher pengurus restaurant tu..
episod gaduh antara mamat india dan mamat melayu bermula..
x lama lps tu mamat melayu ni bla...
5 minit kemudian datang satu geng rempit semua melayu..dan muncul sorang yg mengaku abg long..
sambil jerit.. sapa dia yg buat kecoh nak pukul melayu ?
(kami di satu corner yg sngt hampir hanya memerhati dahulu sbb ada 3 org pegawai polis yg x beruniform bersama2 menyaksikan kejadian...
kau tau aku sape ? (sambil cakap kat semua org termasuk mamat india td) kau nak gaduh sama melayu
tiba2 yg mengaku abg long ni jerit : mana semua melayu bodoh yg lain kat sini yg biar melayu kena buli dengan parya?
dan semakin menghampiri meja kami...
dia tanya kat seorang peg polis ni. kau melayu kenapa biar bangsa kena buli ?bodoh .pengecut sama parya, pengkhianat
polis ni jawab : saya bukan melayu (mmg muka melayu tp sebenarnyabangsa iban sarawak dan beragama kristian..
sorang kenalan mencelah (dia seorang dato' yg juga mirip melayu (kacukan cina india) encik mmg betul dia bukan melayu ..
abg long: ko diam parya sama bodoh
terus abg long hala ke arah suami saya: ha yg kau ni org apa .org kristian ke ? x mau tolong bangsa sendiri.
suami saya: encik ni siapa?cakap biar beradap sikit.. saya ada kat sini dari mula , saya tau apa yg terjadi, saya akan tolong bersebab. saya nampak kwn encik yg mulakan gaduh x tentu hala..buat apa saya nak tolong lagipun saya bukan kuat tulang saya pun patah ..kalau dia tibai saya mati la saya...
abg long: kau mmg bodoh , kalau kau tolong dan kau mati kau mati syahid tau x? tolong org seagama sendiri menentang kafir laknat..parya bodoh, aku berani datang sini selamatkan bangsa aku ..korang ni semua melayu bodoh
suami saya: saya x akan berhujah dgn encik tp sy x akan tolong org macam ni..
dia naik berang sambil tarik leher baju suami saya... saat ini lah 3 org peg polis tadi tunjuk autority card dan terus kena gari...
dan mat rempit dan melayu yg gaduh td semua cabut lari..tinggal la abg long di bawa polis...
kesimpulanya:
1) kebaikan tu x kenal bangsa.. bukan semua bangsa asing jahat..bukan semua bangsa kita baik..
2) mmg budak melayu td cari pasal dan sangat kurang ajar
3) di saat ketua kena gari ..mana hero yg lain ..kecut perut lari x tinggal waima kata2 semangat pada si abg long..
4)siapa yg bodoh kat sini?
semoga ada pengajaran dari kejadian ini..

Friday, September 9, 2011

Cerita laksa Mee

Diam x diam kita hampir meninggalkan ramadhan..dan tentunya semua sibuk shopping raya.. sy masih rasa x perlu shopping sebab semua masih ada stok yang belum dipakai yang masih boleh digunakan.. baju ada, tudung ada, kasut  ada.. cuma sekarang saya masih mencongak2 bila boleh mulakan projek buat biskut raya ni.. sorang2 ni macam liat plk... list dah berderet2. tunggu giliran. bila nak mula je rasa malas.. hubby dah start tanya bila nak buat biskut..hari tu semangat beno...bila jengah blog orang lain rasa semangat je nak mula..tp  erm aduyai.. lemah btl la...
entry kali ni sebenarnya saya nak kongsikan satu menu istimewa dari Pantai Remis, Perak.. iaitu Laksa Mee..mula2 dengar saya ingat sama je rasa dan rupanya dgn laksa utara tu.. rupanya mmg lain bebenor rasa dan rupanya.. cuma bukan saya yg masak tp dimasak oleh anak dara dari Pantai Remis.. Cik Pura namanya..
Ini la Laksa Mee..

Dimakan dgn sambal udang

ini rupa mee ..yg belum dicelur..ni versi warna putih

Ni Beli kat Bazar ramadhan Pantai.. sedap murtabak ni

tu tukang masak pun sibuk dgn kamera ..

Fairus dgn anak daranya.. sebelum waktu berbuka lepak kat luar

Ni bujang yang maintain smart je.. Jambul depan tu ttp maintain walaupun puasa

anak dara fairus ni keletihan puasa

syok la berbuka reramai

2 anak dara tekun dgr cerita dongeng sape ntah :)