Mesej Khas


Make a Ladybug Note at WishAFriend.com

Monday, November 14, 2011

Derma Darah dapat pahala ...Jgn derma dara ye..dosa

lama betul x jengah blog ni..bz teramat sangat..sampaikan ada customer order Kopi Nanas pun sy x perasan..huhu..minta ampun..nasib customer masih berminat dan tinggal berdekatan rumah saya... jadi kalau sape yg berminat nak dapatkan kopi sedap dan berkhasiat ni cepat2 order ok...insyaAllah saya dah rajin buka emel tiap2 hari..

Sementara saya masih ingat ni awal bulan baru ni saya dan suami telah sekali lagi menderma darah.. patutnya dalam thn ni dpt buat 4 kali tp sbb sgt busy ..x dapat tunaikan hasrat tu.. for info kita boleh derma darah setiap 3 bulan sekali..jadi setahun blh buat 4 kali la..

seumur hidup saya selama 30 thn lepas saya x pnh menderma darah..ntah kenapa saya takut..walhal saya bukan seorang penakut jarum atau darah..saya ok je  bila kena cucuk dgn nurse ke dan  paling ok kalau yg buat injection tu Dr yg ensem atau yg cantik hehe..:) tp sy selalu menganjurkan kempen derma darah ni masa belajar kat UiTM dulu..saya kan YDP kolej dan aktif juga berpesatuan jadi boleh kata dlm setiap event kat kolej ada la terselit kempen derma darah ni ..teruknya perangai..beria- ia suruh penghuni kolej joined kempen ni..tp YDP dia penakut time tu..hahaha.. rahsia ni tau.. tp setelah berkahwin en suami yg ajak baru berani cuba..eh dulu pun saya x takut tau cuma x teringin cuba hehehe

dan kalau la saya tau keseronokan dan benefit jadi penderma darah ni tentu dah nak penuh buku rekod derma darah tu..jadi korang jgn la kedekut darah tu sangat jom kita g menderma darah..pada gadis2 jgn derma dara dapat dosa..derma darah dapat pahala...:)

Saya suka derma darah di Pusat Darah Negara..ala yg sebelah Istana Budaya tu.. ha sape2 yg g tgk teater ke show ke..singgah2 la buat amal jariah dulu..dapat gak pahala wei...



Ni Jadual Operasi PDN

HARI 
WAKTU
 ISNIN - RABU
 7.30 am – 5.30 pm
 KHAMIS - JUMAAT
 7.30 am – 8.00 pm
 SABTU
 7.30 am – 4.00 pm
 AHAD
 TUTUP
   
Klinik Suntikan Vaksinasi Hepatitis B (hanya untuk Penderma Darah/Aferesis)
Isnin dan Jumaat sahaja                         8.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Klinik Kaunseling
Selasa, Rabu dan Khamis                     8.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Klinik Pakar Kaunseling
Isnin – Jumaat                                         8.00 pagi hingga 12.00 tengahari


Ni Peta jalan ke PDN

 Ni alamat penuh PDN dan contact no ..atau layari je website PDN
www.pdn.gov.my


Jalan Tun Razak
Kuala Lumpur   
Malaysia
50400

Telephone: 03 - 2693 3888
Fax: 03 - 2698 0362




 Jenis-jenis Pendermaan...
Di PDN kita bukan sahaja boleh Derma darah merah je tp mcm3 lagi ... ni baca kat bawah ni..

PDF Print E-mail
Penderma ‘Whole blood’
Darah mengandungi komponen-komponen seperti berikut:
  • Sel darah merah
  • Sel darah putih
  • Platelet
  • Plasma
Darah diperlukan untuk kes-kes pembedahan, mangsa kemalangan, merawat pesakit leukemia, barah, thalassemia, penyakit jantung, komplikasi pendarahan semasa bersalin, haemophilia dan lain-lain. Isipadu darah yang biasanya didermakan adalah sebanyak 450ml iaitu kurang daripada 1 pain darah (568ml). Jumlah darah yang diambil adalah berdasarkan berat badan.
Masa yang diambil untuk menderma darah adalah di antara 7 hingga 10 minit tetapi anda dinasihatkan supaya berada di tempat menderma selama lebih kurang 1 jam. Sebelum menderma darah anda dinasihatkan supaya mengambil sedikit makanan sebagai mengalas perut. Darah merah yang telah didermakan memerlukan masa selama 4 – 8 minggu untuk digantikan semula manakala plasma pula selama 24 jam.
Pendermaan Aferesis
Pendermaan komponen darah iaitu plasma atau platelet ataupun kedua-duanya sekali, dimana komponen darah yang tidak diperlukan dikembalikan ke dalam badan penderma semula.

    PDF Print E-mail
 dan sebelum korang nak pergi menderma sila pastikan kriteria ni ye...sbb penderma darah ni special tau.....
(pssst tp hari tu aku x bekpes pun...bila DR tu  tanya aku jawab je dah BF..hehe yakin sihat walafiat..


  1. 1. Sihat tubuh badan pada hari pendermaan.
  2. 2. Berumur di antara 18-60 tahun.
    ·         Bagi yang berumur 17 tahun, perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibubapa atau penjaga
    ·         Bagi yang berumur 61-65 tahun, perlu mendapatkan kelulusan bertulis daripada doktor mengenai 
          tahap kesihatan badan.
  1. 3. Berat badan melebihi 45 kg.
  2. 4. Tidur melebihi 5 jam pada malam sebelum hari pendermaan.
  3. 5. Tiada masalah kesihatan.
  4. 6. Tidak mengambil sebarang ubat-ubatan
    ·         Tidak mengambil antibiotik dalam tempoh 7 hari sebelum hari pendermaan
    ·         Sila rujkuk pegawai perubatan bertugas untuk ubat-ubatan lain.
  1. 7. Telah mengambil makanan sebelum menderma darah (tidak berpuasa)
  2. 8. Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti berikut:
     ·         Hubungan jenis sesama jantina (homoseksual)
     ·         Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual)
     ·         Hubungan jenis dengan pekerja seks komersial / pelacur
     ·         Bertukar-tukar pasangan hubungan jenis
     ·         Mengambil dadah secara suntikan
     ·         Menjadi pasangan hubungan jenis kepada mana-mana golongan di atas.
  1. 9. Pendermaan terakhir sekurang-kurangnya 3 bulan untuk penderma darah penuh (whole blood), dan 2 
  2.     minggu untuk penderma aferesis.
  3. 10.Untuk penderma wanita:
     ·         Tidak mengandung.
     ·         Tidak datang haid.
     ·         Tidak menyusukan anak.
  1. 11.Jangan menderma darah jika anda:
     ·         Pernah tinggal di United Kingdom (England, Northern Ireland, Scotland, Wales, Isle of Man atau 
           Channel Island) atau Republik Ireland dari tahun 1980 hingga 1996 untuk tempoh 6 bulan atau lebih
     ·         Pernah tinggal di benua Eropah dari tahun 1980 hingga sekarang untuk tempoh 6 bulan atau lebih.
 
yang item last ni kan ..saya x pasti sangat kenapa ..cuma DR  tu kata sape yg berada dlm list ini mmg x boleh menderma sbb kes penyakit lembu gila ke kuku dan mulut gitu la yg pernah melanda Europe..(sbnrya lupa..mungkin ada yg lagi arif tau pasal ni blh share ye...)

Proses Menderma Darah PDF Print E-mail
Setiap individu yang menderma darah dengan Pusat Darah Negara (PDN) akan melalui proses pendermaan seperti berikut: 
  • Mengisi borang PDN3/2000/Pin. 1 atau 2. Sebarang keterangan atau bantuan mengisi borang ini boleh diperolehi daripada kakitangan PDN yang bertugas( dan kena timbang berat badan dulu kat sini ye...
  • Menjalani pemeriksaan darah untuk tahap kepekatan sel darah merah (paras hemoglobin) dan mengenal pasti kumpulan darah ABO...staff kat sini akan cucuk sikit jari utk test darah kita dorang akan buatkan kad rekod utk derma dan ada tercatat jenis darah sekali nanti...eh x sangka tau saya dan suami mempunyai jenis darah yg sama hehe
  • Melalui sesi soal selidik atau kaunseling pra-pendermaan untuk mengenal pasti sebarang masalah perubatan dan tahap risiko penderma...proses ni akan dijalan dalam bilik tertutup..time ni tanya la byk mana korang nak tanya kat Dr-dr tu...pastikan kalau ensem korang tanya banyak2 sikit hehe...
  • Penderma yang layak menderma akan menjalani proses pengambilan darah (phlebotomy). time ni jgn la pengsan..nurse kat sini baik2 belaka..korang demand ckp jgn cucuk kuat2 ..injection bagi slow2..again saya dan suami derma x sampai 5 minit dah penuh dah beg darah tu..cpt gile darah tu keluar..nurse pun suka..saya siap offer amik la satu beg lagi..darah saya byk dan cepat keluar hehe...nurse tu kata giler ke nanti pengsan kang ko susahkan aku gak  :)
  • Setelah selesai proses pengambilan darah, penderma akan diberikan sedikit makan dan minuman ringan. ..  kalau kat PDN cafe  makanan best la..milo dan nasi lemak dia sedap wei...aci x kalau  minta 2 bungkus..kadang2 ada souvenir lagi dorang bg.

 Dan..inilah antara keistimewaan menderma darah ye kawan2...

Keistimewaan Penderma Darah PDF Print E-mail
Penderma - penderma darah yang menderma di Pusat Darah Negara dan lain - lain Tabung Darah di Hospital Kerajaan adalah layak mendapatkan rawatan percuma seperti di jadual berikut :
  • Jadual Keistimewaan Rawatan Penderma Darah di Fasiliti Kesihatan (Hospital, Institusi dan Klinik Kesihatan), Kementerian Kesihatan Malaysia mengikut Surat Pekeliling KPK 5/2005 bertarikh 20 Julai 2005
      KEKERAPAN MENDERMA                                        KEISTIMEWAAN RAWATAN
1 kali
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan (tidak termasuk bayaran X-ray dan pembedahan) dan wad kelas dua untuk tempoh 4 bulan.
2 kali (dalan tempoh 12 bulan)
Percuma suntikan pencegahan Hepatitis B
2 ~ 5 kali
Percuma  rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 4 bulan.
6 ~ 10 kali
Percuma rawatan pesakit luar selama 1 tahun dan rawatan perubatan kelas dua untuk tempoh 6 bulan.
11 ~ 15 kali
Percuma rawatan pesakit luar selama 2 tahun dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 1 tahun.
16 ~ 20 kali
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 2 tahun.
21 ~ 30 kali
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 3 tahun.
31 ~ 40 kali
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 4 tahun.
41 ~ 50 kali
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 6 tahun.
Lebih 50 kali (bagi penderma“Whole blood”) dan Lebih 150 kali (bagi penderma aferesis)
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 10 tahun dan wad kelas dua seumur hidup selepas 10 tahun di wad kelas satu.


dan kalau ada yg berminat nak anjurkan kempen derma darah ... sape penganjur tu pastikan derma darah juga eh..jgn jadi mcm saya buat event tp x jadi penderma pun....sekarang rasa rugi..hehe

Tatacara Penganjuran Kempen Pendermaan Darah PDF Print E-mail
Pihak Pusat Darah Negara (PDN) sentiasa berusaha untuk meningkatkan jumlah kutipan darah untuk dibekalkan kepada hospital-hospital yang memerlukan darah. Oleh itu banyak program-program pendermaan darah dirancang serta dilaksanakan oleh PDN. Untuk menganjurkan program pendermaan darah yang berjaya dan berkesan, beberap perkara perlu diberi perhatian:
  1. 1. Jumlah minima penderma adalah 40 orang.
  2. 2. Tempat pendermaan:
    • Saiz seluas 20 kaki x 20 kaki minima (bergantung kepada jumlah penderma)
    • Selesa, berhawa dingin atau berkipas, terang, mempunyai peredaran udara yang baik dan jauh daripada gangguan bunyi bising.
    • Elakkan tempat yang panas, tersorok, berhabuk dan yang perlu menaiki tangga yang tinggi.
    • Mempunyai kemudahan meletak kenderaan dan memuat-turun barang.
  3. 3. Peralatan:
    • Peralatan yang digunakan untuk proses pendermaan darah akan dibawa oleh pihak PDN.
    • Jamuan ringan (refreshment) selepas pendermaan akan disediakan oleh pihak PDN.
  4. 4. Pihak penganjur diminta agar dapat menyediakan:
    • Sekurang-kurangnya 8 buah meja dan 20 buah kerusi untuk kegunaan penderma dan kakitangan bertugas (bergantung kepada jumlah penderma)
    • Kipas – sekiranya tempat yang disediakan tidak berhawa dingin atau ditempat terbuka.
    • Bekalan elektrik dan air bersih.
  5. 5. Publisiti
  6. Poster dan pamphlet untuk publisiti kempen pendermaan darah ini akan dibekalkan oleh pihak PDN. Pihak penganjur disyorkan untuk mengumumkan kepada orang ramai mengenai kempen menderma darah yang akan dijalankan ini dengan menggunakan poster yang dibekalkan selewat-lewatnya seminggu sebelum tarikh kempen. Pada hari pendermaan, pengumuman secara lisan atau dengan bantuan system makluman awam (PA system) bolehlah dilakukan untuk mengingatkan orang ramai tentang kempen yang sedang diadakan
 sebenarnya saya ada amik pic tp sgt sedikit dan xda muka saya pun ..sbb DSLR ni berat x leh camwhoring la..time derma darah tu..nak minta nurse tu snapkan dorang takut guna DSLR....nanti saya upload pic sikit 2 tu eh... so korang jom la g derma darah..dan sesapa yg mempunya darah jenis A sila2 la menderma sbb sekarang bekalan darah A amat diperlukan..apalagi jomlah ke Pusat Darah Negara..

No comments:

Post a Comment